Thursday, December 17, 2009

sumenyer berakhir....perancangan baru bermula

assalamualaikum...

lama benor dah x mengepost di blog nie....sibuk dengan menyiapkan final tesis sekaligus menamatkan pengajian di peringkat sarjana (master)....i'Allah akan grade pada mei tahun hadapan...

kerja keras selama 2 tahun nie membuahkan hasil apabila mendapat cgpa yg cukup membanggakan buat diri sendiri..walaupun ak bukan lah dilahirkan dr kalangan yang genius..tapi atas berkat sabar, usaha tanpa jemu, berbakti pada mak dan abah...alhamdulillah ak akhir nye berjaya...

hari isnin yang lepas baru saja menghantar borang permohonan tuk jawatan pensyarah uitm, tapi xtahu kat mane kene posting lepas nie...mungkinkah di cawangan seri iskandar, perak atau cawangan machang kelantan atau main campus shah alam, harap2 idak la kat shah alam...bukan xminat, tapi dah letih duk di s.alam start dari diploma 2002 sampai la master 2009....hijrah la pulak ke tempat lain...mencari pengalaman hidup di tempat org...

so sementara nak dapat surat dari jabatan penjawatan uitm, duk jela umah, merehatkan diri as well as mengemukkan badan...tapi ingat nak keluar jalan2 dengan kawan2 lama....

lepas nie segala perancangan masa depan yg telah ak plan ak dijayakan...kalau ikutkan perancangan...

tahun 2010 - ak bercadang ingin membina sebuah rumah yang besar untuk mak dan abah di
kampung, so kalau nak wat kenduri ker majlis kahwin ker (ehem2...tersedak la
pulak) boleh la wat kat rumah sendiri...

tahun 2011 - i'Allah tahun dimana ak berusaha menamatkan zaman bujangku....nak kene kumpul duit dulu nie...banyak belanja nanti...

tahun 2015 - nak sambung wat PhD di Manchester University...

kenapa post sume benda nie? sebab biar hidup nie terancang dan ada sasaran yang perlu dicapai..xde la hilang arah nanti...mcm tue jugak kalau belajar, belajar sebab apa....xkan la "saje2 jer cikgu, seronok datang sekolah boleh jumpa kawan2" ataupun "seronok datang sekolah cikgu...boleh borak2 ngan kawan2, mengumpat kawan sekelas ker atau mengumpat cikgu yang kita x suka ker kan...." mcm2 la....tapi yang sepatutnya ini la jawapan yg sepatutnya keluar dr mulut seorang yang ingin berjaya..."cikgu, saya datang sekolah kerana nak dapat 9A dalam PMR or 10A dalam SPM, saya nak mak dan ayah bangga dengan saya"...haa baru la sejuk perut ibu yang mengandung...

so ape2 pun tujuan, matlamat, sasaran sume perlu clear....so then baru senang kita nak usaha mencapai nyer...dan yang paling penting doa kite kpd Allah....capaikan la semua impian ku Ya Allah...amin