BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 7, 2012

K.E.M.A.H.U.A.N

Kemahuan manusia bersifat unlimited,tidak mengira gender & tahap umur...semua ada keMAHUan & keinginan tersendiri untuk diPENUHi..

sebagai contoh:

1) anak kecil; ketika anak masih kecil pantang tengok brg mainan yg cantik di pasaraya/ tengok kawan ada barang permainan baru sure minta mak & ayah nya untuk belikan...pada zaman ak kecik dulu, sukakan kete mainan n baju kiki lala & kiko...xtahu ada lagi x jenama baju tue skang nie..

2) remaja; dah meningkat dewasa, bertambah lagi keMAHUan diri, "abah...wan nak kasut bola" bergegas la si abah ke al-ikhsan membeli kasut bola jenama NIKE.

3) belia; sudah sampai satu tahap untuk berpasangan, memberi & menerima cinta. Pergi la si teruna memberi tahu abah nya akan keinginannya untuk berkeluarga.

4) suami isteri; keMAHUan untuk dapatkan anak, memiliki sebuah rumah kediaman, kenderaan yang selamat & selesa...bergegas la si suami isteri...samada si suami mencari si isteri atau si isteri mencari suami...



daripada contoh2 ringkas diatas, dapat disimpulkan kemahuan manusia itu tak terhingga...dah setiap kemahuan yang kita inginkan,mesti ada seseorang yang kita cari untuk dipenuhi permintaan itu....tapi...



1) anak kecil; tapi adakah anak kecil itu tahu, adakah mak & abah mempunyai duit untuk belikan baju kiki la, kereta mainan...untuk mak ayah yang mempunyai wang mungkin boleh ditunaikan...bagaimana pula dengan mak ayah yang bekerja sebagai penoreh getah, nelayan dan penjual nasi lemak?

2) remaja; tapi adakah remaja itu fikir, adakah habis nasi lemak yang dijual hari ini? berapa tong nasi lemak yang dibuang ke tong sampah gara2 diserbu oleh penguatkuasa bandaraya?

3) belia; adakah belia itu tahu kemahuan ayah dan ibu bila mereka sudah bekerja...memang mak ayah akan cakap begini "mak & abah tidak mengharapkan apa2 balasan sekiranya along berjaya nanti"...tapi sebagai anak, tidak terfikirkah kita keinginan mak & abah?

4) suami isteri; tapi adakah suami/isteri fikir, adakah pasangan aku mempunyai kemampuan untuk tunaikan segala kemahuan diriku?



kadang2 kita tidak memikirkan samada org yang memenuhi keinginan kita itu mempunyai kemampuan atau tidak?

bagi yang pandai menjawab bila keinginan tidak dipenuhi mula la keluarkan lirik yuna..."ini tidak adil2x bagiku...."

bersyukur lah atas apa yang ada, mungkin kita lebih bernasib baik daripada orang lain...

jangan sampai ditarik pemberian yang diberikan oleh Yang Maha Pemberi..

sekian.

Monday, October 24, 2011

Bila ditanya...

Bila ditanya, "lan ko nak calon isteri yg mcm mane? bgtau ak....mane tahu ak leh carikan..."


calon yg mcm mane ak nak yer...erm....

  1. perempuan yg mampu bersama ak dalam usaha ak nak berbakti n menjaga mak n abah ak sampai akhir hayat mereka,
  2. perempuan yang sabar dengan kerenah org tua & juga diriku,
  3. tidak terlalu meminta & redha dengan ape yg ak ada,
  4. perempuan yg sejuk hati pabila dipandang....
"lan kenapa criteria yg pertama dan kedua lebih berat kepada mak n ayah ko?"

  1. sebab jasa mereka sampai bila2 pun ak xdapat nak balas....kalau nak cerita, mmg xdapat ak nak ungkap dengan kata2....terlalu banyak, sampai kadang2 ak sedih atas segala perngorbanan mereka pada ak....
  2. "syurga itu dibawah tapak kaki ibu".....bagaimana pulak syurga bg seorang suami, pun dibawah tapak kaki ibunya kan, bagaimana pulak syurga bg seorang isteri?
"mcm susah jer criteria ko nie lan....susah nak cr pompuan yg mcm tue skang?"

" i'Allah ak akan tggu sampai la ak jumpa perempuan yg ada criteria2 yg ak nak tue, ak yakin kalau niat ak baik nak berbakti pada mak n abah ak, Allah ak temukan jugak aku dengan si dia, insyaAllah"

"insyaAllah lan ak doakan"

"amin".

Friday, August 5, 2011

Cabaran 2011

assalamualaikum...

sudah agak lama x coret2 kat blog yang satu nie...belum ada masa terluang untuk menulis.

tahun 2011 sudah masuk bulan ke-8, byk perkara manis & pahit telah dilalui, alhamdulillah dapat juga ak tempuh dalam tempoh masa ini...antaranya:

  1. of course peningkatan usia yang ke-27 tahun...
  2. projek rumah bonda - alhamdulillah pelan rumah telah siap dan menunggu kelulusan Majlis Perbandaran Manjung (amik masa 3 bukan jugak)
  3. projek "Terminate Bachelor Status" - i'Allah dalam proses jugak tue...hehe...sabar yer cik.....
  4. projek arowana - projek nie dah lama ak teringin nak buat, kerana pulangannya yang lumayan, tapi kene hati2 takut berlaku penipuan/khianat...selepas study secara terperinci tentang ikan arowana ini dan mencari & bekerjasama dengan penternak yang mahir tentang selok belok arowana & boleh dipercayai, i'Allah lepas raya dah boleh bukak satu kolam....ak mohon kepada Allah s.w.t agar projek ini berjaya dan diberkati...amin.
banyak projek2 yang akan dilaksanakan tahun ini...moga2 semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan....

p.s : kepada si dia....harap bersabar yer...hari itu akan tiba jua....daku amat menghargai penantian mu itu....hehe...

Thursday, December 16, 2010

kawin....kawin...aku?

salam kepada pembaca blog ak nie, sori la lama x update, tuntutan kerja yg terlalu banyak, sampai xde masa nak coret2 dalam blog ak nie..

post kali nie nak cakap pasal kawin. topik yg xberapa nak gemar...tuk tahun nie jer (2010) ramai betul kawan ak yg kawin, antara nya, najah, munirah, zalina, hana, n yg coming soon nak kawin marzuq n nazim...huh...bila pikir2 balik tertekan pun ada....mane idak nya sume dah lepas, tinggal ak jer...

but....actually i fall in love with someone....very special, understanding, n i think we need n love each other....tapi maaf la xdapat nak dedahkan sape org nya, sebab hormati permintaan si kekasih...hehehe...sori la yer jiwang sikit...i'Allah, doa2 la Allah temukan jodoh K.A.M.I n jalan ke gerbang perkahwinan tue diberkatiNya...amin...

next post nanti2 yer...salam

Wednesday, June 16, 2010

Konvokesyen UiTM

Assalamualaikum....

salam pembuka kata setelah sekian lama tidak menulis kerna sibuk dengan kerja seharian sebagai seorang pendidik...

sekadar ingin berkongsi cerita dengan sahabat2 blogger tentang istiadat konvokesyen UiTM yg ak hadir pada Mei 2010.

setelah sekian lama ak belajar, akhirnya ak telah dianugerahkan Sarjana Sains (Statistik Gunaan) oleh Tuanku Mizan selaku canselor UiTM....best dapat face 2 face dengan Tuanku...

majlis konvo ak nie turut dihadiri oleh mak, abah, n diana....masa degree ak x attend majlis konvo, so tuk master nie ak nak mak n abah duk dalam dewan sri budiman tgk sendiri ak amik skrol....ak nak mak abah bangga ngan ak...

majlis konvo ak nie turut diserikan lagi dengan kedatangan seorang insan yg boleh dikatakan amat penting dalam hidup ak....si dia ditemani ahli keluarganya...terima kasih kerna sudi dtg....kehadiranmu memberi makna dalam hidupku...wah ayat, xtahan...

so hbs sidang, ajak la mak n abah g makan2 n bergambar.....hbs2 balik umah terus....hehehe...best...

so ini bukan majlis konvo yg terakhir bg ak....ak ada satu lagi majlis konvo yg patut ak hadir....iaitu majlis konvo tuk PhD pulak....

Sunday, February 21, 2010

mengapa aku dapat pekerjaan ini?

bukan menyesal, tapi bersyukur ke hadrat Illahi kerana kasih sayang-Nya ak dapat bekerja di UiTM Arau, Perlis sebagai pensyarah sementara...sementara?sebab ak belum konvo untuk melayakkan diri ke jwtn tetap, insyaAllah bulan 5 ak ditemuduga lagi...

mengapa ak dapat pekerjaan ini?
  1. sebab kene ikat kontrak ngan uitm (dapat biasiswa skim Tenaga Pengajar Muda)
  2. sebab dengan rezeki yg halal dr pekerjaan ini, i'Allah ak dapat membalas jasa mak dan abah atas segala pengorbanan & penat lelah mereka membesarkan ak sehingga ak boleh sampai ke tahap ini.
  3. supaya ak dapat memberi contoh yg terbaik buat adik2 ku, kalau x pandai dalam pelajaran tak mengapa,asalkan rajin bekerja dan senangkan hati mak dan juga abah....sebab mereka kita lahir di dunia ini....yg tue kita xleh lupa
  4. supaya dengan berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman yang ak ada, dapat ak berkongsi dengan students supaya mereka berjaya dalam pelajaran n pada masa yg sama membentuk diri dengan akhlak yg mulia...pandai saja pun x guna jugak tanpa akhlak dan budi bahasa yg baik...

dengan harapan, rezeki yg diberikan oleh Allah s.w.t ini dapat mengubah.....

  1. corak kehidupan mak dan juga abah...x rugi kalau berkorban tuk ibu bapa kita...ada keberkatan atas setiap apa yg kita lakukan....
  2. tanggapan sesetengah individu yg mendakwa kehidupan keluarga yg miskin akan mencacatkan pembelajaran anak-anak.....tapi ak telah membuktikan tanggapan mereka itu tidak benar.
  3. mentaliti sesetengah individu supaya jangan menindas, menghina, mencerca, mengata sesebuah keluarga yang miskin....

sekian.


Monday, January 11, 2010

hidup baru di bumi perlis

assalamualaikum...

9 Januari 2010 (Ahad) ak selamat tiba di Arau, Perlis...perjalanan dr kampung mengambil masa 4 jam tuk tiba disini...kat perlis nie cuaca nya agak panas tapi berangin, kiri kanan jalan penuh ngan petak2 sawah kekuningan...so sampai2 terus cari rumah sewa, n dapat la sebuah rumah di kampung kubang gajah, 10 minit dr uitm arau...sewa xmahal la RM 150 jer tuk rumah satu bilik...makan kat sini murah...

10 Januari 2010 - pengajaran pertama ak kat sini, org sini x panggil 25sen tapi 20 kupang 5 duit, ak pun kene la ckp mcm tue jugak, n yg lain nyer dr kuala lumpur, kat sini kalau nak tapau makanan jg harap jumpe polistrin, sini nak tapau sume style nasi kandar jer....

xpe la pengalaman baru wat ak tuk hidup bujang n berdikari sendiri....huhu...