Friday, April 17, 2015

Rehlah : KLCC

Alhamdulillah berkesempatan bawa isteri dan anak ber'rehlah' di KLCC pada ahad yang lepas. Kebetulan ada kursus di Shah Alam pada hari isnin-nya. Parking di basement KLCC agar mudah menguruskan sumayyah, dikala musim hujan di Lembah Klang.

Bawa sumayyah tengok pancutan air yang tinggi, dan mandi-manda di taman KLCC. Tapi, baru sahaja bukan kasut dan seluar sumayyah, hujan pula turun, tiada rezeki sumayyah kali ini nak mandi2. InsyaAllah ada masa dan rezeki, abah bawak sumayyah dan mama ber'rehlah' dan sumayyah boleh main air.





Monday, April 6, 2015

'Azama Nur Sumayyah 6 bulan

Alhamdulillah 'Azama Nur Sumayyah bt. Azlan sudah berusia 6 bulan. Merangkak sudah bertambah laju, kepala dah boleh toleh kebelakang, kaki sudah kuat untuk merangkak., dan yang paling penting, senyum dan gelak tawanya yang meruntun jiwa ahli keluarga. Segala puji bagi Allah atas kurniaan ini.....syukur Ya Allah.

Dah masuk 6 bulan, sumayyah mengalami kahak yang banyak, bunyi nafas berkahak, sedih melihat keadaan anak, dan akhirnya bawa ke klinik di kelana jaya yang dekat dengan mertua untuk diberi rawatan.

Moga Allah kurniakan kesihatan keatas anak abah dan mama nie. Amin


Hobi: Tanaman Dalam Pasu (Cili Kapsikum)

Tanaman yang seterusnya adalah Cili Kapsikum. 

Bila Malaysia dah implement GST untuk setiap peringkat rakyat, sudah mula rungutan2 kenaikan harga barang. Jadi untuk mengurangkan kos barang dapur dan memberikan makanan yang sihat, bebas dari sayuran yang dicemari racun-racun serangga untuk isteri dan anak tersayang, so ketua keluarga kene la memulakan hobi yang mudah ini....gardening.

Proses nak dapatkan hasil tanaman yang baik bermula dengan semai biji benih. Biji benih boleh dapat samada secara online atau di pasaraya. Banyak cara nak semai benih, tapi setakat nie yang berjaya aku buat adalah dengan menggunakan medium semain cocopeat. 

Alhamdulillah selepas 2 minggu disemai, akhirnya 3 biji cili kapsikum sudah mula bercambah.


Walimah di Manjung, Perak

Balik kampung yang lepas berkesempatan untuk hadir ke walimah anak pakcik udin di Manjung, Perak. 

Pakcik udin, kenalan rapat abah sejak dari abah bujang, dan secara tak langsung family kami sememangnya kenal dengan pakcik udin. Hampir setiap raya, dia mesti datang ke rumah untuk jumpa kami. Setiap kali dia datang, aku mesti dapat duit raya lebih dari adik2 yang lain.

Pakcik udin ini dari bangsa malbari, ala2 mamak, tapi xpaham sangat malbari nie mcm mane. Tapi still islam.


Semoga Allah memberikan kesihatan abah dan semua rakan-rakannya.

Sunday, April 5, 2015

Sepi

Assalamualaikum,

agak sudah lama blog yang satu nie sunyi sepi dari sebarang post. InsyaAllah kali ini sudah ada matlamat yang jelas untuk post2 yang akan datang.

Keep it up. InsyaAllah