Tuesday, July 23, 2013

Didikan keluarga : Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa


Bab 11: Keluarga dan Rumah Tangga (ms 115)


  • Sekiranya bahagia dinilai pada peristiwa dan perkara besar seperti perkahwinan, ulang tahun kelahiran, deretan A dalam peperiksaan, rumah baru, kereta mewah, dan lain-lain. Maka tiada rasa bahagia pada peristiwa dan perkara kecil seperti senyuman pasangan dan anak, ucapan terima kasih, hembusan bayu, kicauan unggas, hijau tanaman dan lain-lain. Sedangkan yang besar itu sangat jarang dan sukar ditemukan, manakala yang kecil itu sering menghiasi kehidupan.

Monday, July 22, 2013

Ulasan buku: Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa


Bab 11: Keluarga dan Rumah Tangga (ms 114)


  • Waktu kualiti dengan anak paling kurang adalah ketika bangun tidurnya, di pertengahan hari, dan sebelum tidurnya. Perbaiki wajah dan nadamu di waktu itu supaya mereka lebih tenang di waktu penting itu.

  • Kepercayaan begitu berharga antara suami isteri, pemimpin dan rakyat, rakan dan taulan, sesama jiran dan lain-lain. Apabila mendapatnya, pelihara sebaiknya, sekali terguris dan terlepas, sukar bagi mengembalikannya semula. Ia ibarat perasaan 'hormat' yang tidak boleh dibeli dengan wang atau pundi paksakan. Lambat untuk diperoleh tetapi mudah hilang.

Ulasan: 

Sebagai suami isteri, anak dan juga menantu, kepercayaan amat penting dalam memastikan kebahagian rumahtangga. Pada saat akad nikah dulu, ayah (bapa isteri) memeluk aku dengan berpesan agar menjaga dan membahagiakan anaknya, sekiranya ada sebarang masalah hendaklah dibawa berbincang. Maksudnya, ayah telah meletakkan kepercayaan kepada diriku untuk memimpin dan menjaga anaknya. 

Maka, jagalah kepercayaan yang diberikan dengan sebaiknya. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian. 

Semoga kita menjadi suami isteri yang diredhai oleh Allah s.w.t

Alhamdulillah...rezeki hasil ternakan ikan arowana (kelisa)

Alhamdulillah….berkat bulan Ramadhan tahun 2013,  projek ternakan ikan kelisa (Arowana) yang mengambil masa 1 tahun 10 bulan telah mendatangkan hasilnya…

Pada 14 Julai 2013, kolam arowana yang berkongsi dengan beberapa pelabur lain telah mengeluarkan hasil dengan 1 pair membawa  anak ikan yang berusia 5 minggu…

Dan pada 19 Julai 2013, anak-anak ikan tersebut telah dijual dengan harga semasa…so dapat la berbelanja raya..hehe…

Moga2 ada lagi limpahan rezeki daripada hasil projek ternakan ikan kelisa ini…insyaAllah..


Pemandangan kolam di Bukit Merah


Pengusaha kolam dengan seekor induk ikan kelisa