Tuesday, July 23, 2013

Didikan keluarga : Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa


Bab 11: Keluarga dan Rumah Tangga (ms 115)


  • Sekiranya bahagia dinilai pada peristiwa dan perkara besar seperti perkahwinan, ulang tahun kelahiran, deretan A dalam peperiksaan, rumah baru, kereta mewah, dan lain-lain. Maka tiada rasa bahagia pada peristiwa dan perkara kecil seperti senyuman pasangan dan anak, ucapan terima kasih, hembusan bayu, kicauan unggas, hijau tanaman dan lain-lain. Sedangkan yang besar itu sangat jarang dan sukar ditemukan, manakala yang kecil itu sering menghiasi kehidupan.

Monday, July 22, 2013

Ulasan buku: Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa


Bab 11: Keluarga dan Rumah Tangga (ms 114)


  • Waktu kualiti dengan anak paling kurang adalah ketika bangun tidurnya, di pertengahan hari, dan sebelum tidurnya. Perbaiki wajah dan nadamu di waktu itu supaya mereka lebih tenang di waktu penting itu.

  • Kepercayaan begitu berharga antara suami isteri, pemimpin dan rakyat, rakan dan taulan, sesama jiran dan lain-lain. Apabila mendapatnya, pelihara sebaiknya, sekali terguris dan terlepas, sukar bagi mengembalikannya semula. Ia ibarat perasaan 'hormat' yang tidak boleh dibeli dengan wang atau pundi paksakan. Lambat untuk diperoleh tetapi mudah hilang.

Ulasan: 

Sebagai suami isteri, anak dan juga menantu, kepercayaan amat penting dalam memastikan kebahagian rumahtangga. Pada saat akad nikah dulu, ayah (bapa isteri) memeluk aku dengan berpesan agar menjaga dan membahagiakan anaknya, sekiranya ada sebarang masalah hendaklah dibawa berbincang. Maksudnya, ayah telah meletakkan kepercayaan kepada diriku untuk memimpin dan menjaga anaknya. 

Maka, jagalah kepercayaan yang diberikan dengan sebaiknya. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian. 

Semoga kita menjadi suami isteri yang diredhai oleh Allah s.w.t

Alhamdulillah...rezeki hasil ternakan ikan arowana (kelisa)

Alhamdulillah….berkat bulan Ramadhan tahun 2013,  projek ternakan ikan kelisa (Arowana) yang mengambil masa 1 tahun 10 bulan telah mendatangkan hasilnya…

Pada 14 Julai 2013, kolam arowana yang berkongsi dengan beberapa pelabur lain telah mengeluarkan hasil dengan 1 pair membawa  anak ikan yang berusia 5 minggu…

Dan pada 19 Julai 2013, anak-anak ikan tersebut telah dijual dengan harga semasa…so dapat la berbelanja raya..hehe…

Moga2 ada lagi limpahan rezeki daripada hasil projek ternakan ikan kelisa ini…insyaAllah..


Pemandangan kolam di Bukit Merah


Pengusaha kolam dengan seekor induk ikan kelisa

Tuesday, June 11, 2013

First Visit


MELAWAT ANAK MENANTU DI PERLIS

Sebelum mak abah n mak ayah datang kene la kemas umah dulu...





21-23 Mei - Mak abah datang melawat sekaligus makan kenduri rumah pakcik Anuar (Gambar hilang dalam simpanan huhu...)

2 - 4 Jun - Mak ayah pula datang ziarah selepas kenduri anak mak ngah

On the way ke Gua Kelam





~with ayah di Satun, Thailand~










Tuesday, April 23, 2013

Deactivate Facebook Account

Buat kali pertama deactivate facebook account...so hari nie langsung tak bukak fb...ada baiknya...so can increase productivity...boleh cepat2 naik gred DM52 insyaAllah.

moga tabah...insyaAllah...

Monday, February 4, 2013

Februari 2013

Hidup seorang suami tak lengkap tanpa kehadiran si isteri...pantang ada peluang untuk bersama, akan dimanfaatkan sebaiknya...alhamdulillah pada 25 Jan - 3 Feb 2013 dapat juga pulang menemui isteri tercinta...pn normasera...

hampir setiap hari akan ada aktiviti-aktiviti yang kami lakukan bersama, al-maklum la baru nak belajar2 menjadi pasangan yang diredhaiNya..insyaAllah..

27 Jan 2013 - Kami join program sekolah menengah agama nurul iman (SAMNI) tempat isteri bekerja. Program family-day untuk staff dan kakitangan sekolah. Tempatnya di Agrotek Garden Resort, Ulu Kelang. Semua acara masuk & byk gak la hadiah kitorang dapat..hehehe...


 






suka suka jugak, pengisian agama pun kene join jugak...so malam tue ada ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Firdaus Selayang Baru...