Monday, May 7, 2012

K.E.M.A.H.U.A.N

Kemahuan manusia bersifat unlimited,tidak mengira gender & tahap umur...semua ada keMAHUan & keinginan tersendiri untuk diPENUHi..

sebagai contoh:

1) anak kecil; ketika anak masih kecil pantang tengok brg mainan yg cantik di pasaraya/ tengok kawan ada barang permainan baru sure minta mak & ayah nya untuk belikan...pada zaman ak kecik dulu, sukakan kete mainan n baju kiki lala & kiko...xtahu ada lagi x jenama baju tue skang nie..

2) remaja; dah meningkat dewasa, bertambah lagi keMAHUan diri, "abah...wan nak kasut bola" bergegas la si abah ke al-ikhsan membeli kasut bola jenama NIKE.

3) belia; sudah sampai satu tahap untuk berpasangan, memberi & menerima cinta. Pergi la si teruna memberi tahu abah nya akan keinginannya untuk berkeluarga.

4) suami isteri; keMAHUan untuk dapatkan anak, memiliki sebuah rumah kediaman, kenderaan yang selamat & selesa...bergegas la si suami isteri...samada si suami mencari si isteri atau si isteri mencari suami...



daripada contoh2 ringkas diatas, dapat disimpulkan kemahuan manusia itu tak terhingga...dah setiap kemahuan yang kita inginkan,mesti ada seseorang yang kita cari untuk dipenuhi permintaan itu....tapi...



1) anak kecil; tapi adakah anak kecil itu tahu, adakah mak & abah mempunyai duit untuk belikan baju kiki la, kereta mainan...untuk mak ayah yang mempunyai wang mungkin boleh ditunaikan...bagaimana pula dengan mak ayah yang bekerja sebagai penoreh getah, nelayan dan penjual nasi lemak?

2) remaja; tapi adakah remaja itu fikir, adakah habis nasi lemak yang dijual hari ini? berapa tong nasi lemak yang dibuang ke tong sampah gara2 diserbu oleh penguatkuasa bandaraya?

3) belia; adakah belia itu tahu kemahuan ayah dan ibu bila mereka sudah bekerja...memang mak ayah akan cakap begini "mak & abah tidak mengharapkan apa2 balasan sekiranya along berjaya nanti"...tapi sebagai anak, tidak terfikirkah kita keinginan mak & abah?

4) suami isteri; tapi adakah suami/isteri fikir, adakah pasangan aku mempunyai kemampuan untuk tunaikan segala kemahuan diriku?



kadang2 kita tidak memikirkan samada org yang memenuhi keinginan kita itu mempunyai kemampuan atau tidak?

bagi yang pandai menjawab bila keinginan tidak dipenuhi mula la keluarkan lirik yuna..."ini tidak adil2x bagiku...."

bersyukur lah atas apa yang ada, mungkin kita lebih bernasib baik daripada orang lain...

jangan sampai ditarik pemberian yang diberikan oleh Yang Maha Pemberi..

sekian.