Monday, August 1, 2016

Puas

Assalamualaikum, dah lama tak update blog nie, tapi stats blog nie menunjukan blog yang kedua ini tidak ramai yang baca berbanding blog pertama statistician-arau. Cuma kali nie nak update beberapa perkara.

Pada hujung minggu lepas, alhamdulillah aku telah memuaskan hati isteri dan abah ku. Sejak dari awal minggu, isteri pujuk aku untuk balik ke kelana jaya untuk open house dan teman beli barang baby di mid valley. Pada awalnya berat nak balik sebab keadaan batuk yang bertambah buruk. Namun aku penuhi jua permintaan isteri. Alhamdulillah open house berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada tetamu dan rakan taulan yang sudi hadir. 

Pakcik Rosli Jalani, kawan baik abah ketika bujang, buat kenduri di banting. Abah teringin sangat nak pergi sebab belum pernah sekali pun pergi kenduri kahwin anak-anaknya. Lagipun dan 5 tahun tak berjumpa selepas mak abah berpindah ke kampung. Kebiasaannya pakcik rosli sekeluarga akan datang ziarah pada tiap kali hari raya di selayang. Anak-anak abah yang lain tak dapat bawa abah ke rumah pakcik rosli di banting, jadi aku bawa juga, walaupun masa cukup mencemburui. Cuma satu saja aku semat di hati, aku mohon Allah permudahkan urusanku dalam memenuhi dan memuaskan permintaan dan hati insan-insan penting ini. Alhamdulillah walaupun sesat barat, dapat juga sampai. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Aku lihat abah dan isteri sangat happy, sudah cukup membuatkan aku PUAS.