Sunday, July 26, 2015

Antara Keluarga dan Rakan

27 Julai 2015

Alhamdulillah, selamat sampai di bumi Perlis selepas 2 minggu lamanya bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Jadi sekarang masanya untuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga dan ibu bapa. Tapi, ada sesuatu di fikiran yang perlu ditulis, iaitu "Antara Keluarga dan Rakan".

Tajuk ini pernah aku nukilkan di laman Facebook suatu masa dahulu kerna, ada perkara yang nampak jelik di mataku yang besar ini. Tapi perlu dicorat sekali lagi sebelum ianya bertukar menjadi carut.

Ziarah-menziarahi dan berbakti kepada ibu bapa amat dituntut oleh agama. Persoalannya, antara dua perkara ini yang mana paling utama. Bagi ku, berbakti pada ibu bapa adalah yang paling utama, lagi-lagi apabila ibu bapa berada dalam keadaan kurang sihat. Apalah salahnya meninggalkan sementara ziarah-menziarahi bersama rakan-rakan, demi menjaga ibu bapa yang sedang sakit.

Janganlah kita berlebih-lebihan berkawan & menabur bakti dengan rakan yang hanya dikenali hanya 5-6 tahun di usia persekolahan. Berbaktilah kepada ibu bapa yang telah menjaga kita berbelas dan berpuluh tahun lamanya.

Jangan nanti bila mata ibu bapa mu tertutup rapat, disaat itu engkau menangis teresak2...sedangkan di waktu hidupnya, disaat mereka sakit di hospital, engkau bersuka ria dengan rakan-rakan. Sedarlah sebelum terlambat.

Sekian. 

Thursday, July 23, 2015

Ziarah....Demam

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menulis di blog ini, sudah sekian lama rasanya tak masukkan post terbaru disini, kerna sibuk dengan tugas mengajar, mengawas dan menand kertas peperiksaan student degree.

Dalam memulakan langkah dalam perjalanan PhD, antara perkara yg perlu dilakukan selalu adalah menulis. So, hari ini...ku paksakan diri menulis sesuatu agar ingatan ketika ini tidak hilang begitu sahaja.

Pada 21 July 2015 (5 syawal - selasa) - hari ini aku terpaksa membawa isteri dan anak ku pulang, kerna isteri memulakan tugas keesokan harinya. Tetapi hajat dihati hendak ziarah seorang yang telah ku anggap sebagai ibuku, Ustazah Wan Halimatun Saadiah yang kini berjuang melawan kanser di Chemor, Ipoh. Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat hambanya ini. Dapat juga datang ziarah Ustazah. Banyak juga kami berbual tentang sakit yang ustazah alami. Sedikit ringkasanya, Ustazah telah mula sakit pada tahun 2014 lagi, apabila hampir setiap bulan Ustazah demam, sampai satu tahap ustazah sangat penat dan bleading. Penyakit ustazah bertambah teruk sesudah majlis perkahwinan anak perempuannya, Fatimah. Setelah buat check-up di hospital, ustazah disahkan menghidap kanser usus, yang mana kumannya telah merebak ke ovari, hati dan paru-paru. InsyaAllah pada 27 Julai, ustazah akan menjalani kimoterapi bagi membunuh kuman. Semoga Allah panjangkan umur ustazah ku ini, dan diberikan kesihatan yang baik.

Setelah selesai ziarah Ustazah, aku terus membawa anak ku, 'Azama Nur Sumayyah (ringkas Sumayyah sahaja) ke klinik di klebang, sebab badannya yang kepanasan sejak awal paginya. Setelah diperiksa, sah Sumayyah demam dengan suhu badan 39 celcius. Nurse masukkan ubat dalam punggung, dan alhamdulillah suhu badan mula menujukkan penurunan. 

Setibanya di Kelana Jaya, mak ayah mertua dan juga adik ipar turut sama demam. So yang lain semua bekerja, mengambil tanggungjawab sebagai bapa dan menantu untuk membantu seadanya. Kemas2 dapur, basuh2 pinggan mangkuk, siap2kan makan minum (beli aje).

Risau sebenarnya bila anak demam, cuti yang sepatutnya berakhir 22hb aku drag kan. Patut ada disetiap rumah satu termometer untuk mengesan suhu badan. Semalam, sempat singgah di IJN beli satu termometer dengan harga RM28.

Itu saja entry untuk kali ini....nanti post lagi (panjang jugak entry kali ini...PhD life)