Wednesday, April 29, 2009

Pandangan: Matematik

pengalaman singkat as a guru matematik di 2 buah sekolah yg pernah saya berkhidmat membuatkan saya berfikir tentang kaedah pengajaran matematik di sekolah.

pada pandangan saya, matematik tidak memerlukan nota-nota seperti esei MUET or IELTS, cukup sekadar menggariskan kepada para pelajar konsep yg terkandung di dalam topic yang dipelajari dan memperbanyakkan latihan...ada sesetengah pelajar tidak memahami nota yang diberikan...akan tetapi apabila pelajar rajin membuat latihan dengan sendirinya pelajar faham topik yg dipelajari dan sekaligus dapat menguasai dengan baik subjek Matematik..dan tidak mustahil para pelajar akan mendapat A dalam subjek ini.

pada pandangan saya, dalam mencari jawapan untuk setiap soalan matematik, tidak semestinya dengan hanya menggunakan satu kaedah sahaja...bagi saya ada pelbagai cara dan kaedah untuk mencari jawapan, akan tetapi semua cara kaedah akan menghasilkan satu jawapan sahaja...

berilah peluang kepada para pelajar kita untuk mencuba kaedah2 yang sesuai untuk mereka, ajar la mereka berfikir bagaimana untuk mendapatkan jawapan untuk setiap persoalan matematik...

pandangan ini adalah berdasarkan pengalaman saya mempelajari subjek Matematik ini ketika saya bersekolah di Ma'ahad al-Ummah (MUC), Chemor, Perak dan pengalaman singkat sebagai seorang guru Matematik...Terima Kasih kepada Ustazah Wan Halimatun Saadiah (Guru matematik sejak berada di tingkatan 2 hingga tingkatan 5) kerana membantu saya menguasai ilmu kurniaan Illahi ini sampai saya berjaya ke tahap ini.

No comments: