Bab 11: Keluarga dan Rumah Tangga (ms 114)
- Waktu kualiti dengan anak paling kurang adalah ketika bangun tidurnya, di pertengahan hari, dan sebelum tidurnya. Perbaiki wajah dan nadamu di waktu itu supaya mereka lebih tenang di waktu penting itu.
- Kepercayaan begitu berharga antara suami isteri, pemimpin dan rakyat, rakan dan taulan, sesama jiran dan lain-lain. Apabila mendapatnya, pelihara sebaiknya, sekali terguris dan terlepas, sukar bagi mengembalikannya semula. Ia ibarat perasaan 'hormat' yang tidak boleh dibeli dengan wang atau pundi paksakan. Lambat untuk diperoleh tetapi mudah hilang.
Ulasan:
Sebagai suami isteri, anak dan juga menantu, kepercayaan amat penting dalam memastikan kebahagian rumahtangga. Pada saat akad nikah dulu, ayah (bapa isteri) memeluk aku dengan berpesan agar menjaga dan membahagiakan anaknya, sekiranya ada sebarang masalah hendaklah dibawa berbincang. Maksudnya, ayah telah meletakkan kepercayaan kepada diriku untuk memimpin dan menjaga anaknya.
Maka, jagalah kepercayaan yang diberikan dengan sebaiknya. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian.
Semoga kita menjadi suami isteri yang diredhai oleh Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment