Monday, April 6, 2015

Hobi: Tanaman Dalam Pasu (Cili Kapsikum)

Tanaman yang seterusnya adalah Cili Kapsikum. 

Bila Malaysia dah implement GST untuk setiap peringkat rakyat, sudah mula rungutan2 kenaikan harga barang. Jadi untuk mengurangkan kos barang dapur dan memberikan makanan yang sihat, bebas dari sayuran yang dicemari racun-racun serangga untuk isteri dan anak tersayang, so ketua keluarga kene la memulakan hobi yang mudah ini....gardening.

Proses nak dapatkan hasil tanaman yang baik bermula dengan semai biji benih. Biji benih boleh dapat samada secara online atau di pasaraya. Banyak cara nak semai benih, tapi setakat nie yang berjaya aku buat adalah dengan menggunakan medium semain cocopeat. 

Alhamdulillah selepas 2 minggu disemai, akhirnya 3 biji cili kapsikum sudah mula bercambah.


No comments: